Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ahmad al-Tayyeb, Ulama Sunni Mesir mengumumkan bahawa para cendiakawan Islam dan Kristian hendaklah berkumpul untuk membentuk suruhanjaya yang mengenal pasti masalah yang timbul di kalangan Muslim dan Kristian dan mencari penyelesaiannya. Suruhanjaya ini juga turut berfungsi menangani perbezaan antara pengikut kedua agama ini.
Sambil menyeru pembentukan suruhanjaya ini, Ahmad al-Tayyeb berkata kumpulan ini akan memberikan tumpuan kepada toleransi beragama antara Muslim dan Kristian.
Seruan beliau ini menyusul setelah serangan bom di perkarangan gereja Alexandria yang membunuh 21 nyawa serta mencederakan hampir 100 orang. Pengeboman ini telah mendapat kecaman dari pemimpin-pemimpin Musliim dan Kristian di seluruh dunia.